Siapa kata duduk rumah tidak boleh bantu buat kerja amal dan bersedekah?

Sedih apabila terbaca satu artikel semalam tentang ustaz Ebit Lew di blog ada yang berkata
“Tapi bila ada ustaz mesej saya atau team saya kata apa saya buat ini tak ikhlas dan boleh jatuh haram sebab rakam dan tunjukkan. Siap lepas tu ‘update’ status dan kata saya di sana sini. “ Aku geram apabila ada netizen mempertikaikan dan kurang senang apa yang dilakukan oleh ustaz-ustaz yang upload video mereka yang membantu barisan hadapan.
 
Tahukah anda dengan platform media sosial ini juga mereka boleh perolehi dana untuk mereka terus membuat kerja amal mereka dan menyumbangkan kepada orang yang memerlukan selain memperolehi dana daripada dermawan lain. So tidak perlu mempertikaikan dan kecam apa yang mereka lakukan. Mereka bersusah payah membantu barisan hadapan dengan memberi sumbangan makanan, toilet bergerak dan sebagainya.
 
Aku faham ada yang tidak mampu untuk menyumbangkan dengan wang ringgit tetapi ada keadah lain dan inilah peluang kita iaitu like , comment dan share video yang mereka lakukan. Bila banyak views, like , comment dan share, anda dapat membantu mereka berdakwah dan mereka akan memperoleh dana daripada platfrom media sosial,secara tidak langsung anda juga turut serta membuat kerja amal di rumah tanpa keluar.
Duduk rumah pun boleh bersedekah tanpa mengunakan wang ringgit.
 
Aku rasa tidak salah pun kerana ini antara salah satu platform yang sesuai untuk berdakwah ketika kita sedang hadapi wabak covid 19 sekarang. Lebih selamat, lebih cepat dan berkesan.
 
Anda tidak risau ke apabila tidak sebarang dakwah di muka bumi ini? Lagi ramai yang berdakwah dan bersedekah lagi seronok. Mungkin ada netizen yang tidak faham apa fungsi platform media sosial sebelum ini akan faham apa tujuan mereka lakukan di platform media sosial.
Doakan apa yang mereka lakukan itu diberkati dan dipermudahkan. Moga cepat Covid 19 itu pergi berlalu dan kita boleh bersosial dan berdakwah seperti dulu kala. Aku rindukan suasana itu.
Sack On Hand

Leave a comment