Tip membina content

Idea (1)

Stress betul!

Content dah ada tapi masih lagi termenung dan tidak berbuat apa di depan laptop.

Masih tidak tahu menulis content?

Di sini saya akan bantu anda untuk membina content dari topik yang sentiasa trending. Saya ambil contoh makanan, makanan merupakan topik yang trending dan sentiasa di search oleh manusia di google.

Contoh topik makanan yang sering di google :

  1. Resipi memasak
  2. Khasiat makanan
  3. Cara penjagaan
  4. Tip memilih produk yang baik

Contoh jika anda penjual sayur-sayuran ini lah peluang anda berkongsi tip atau idea dengan pelangan atau follower anda di sosial media. Di sosial media anda boleh berkongsi dan menunjuk anda mempunyai ilmu dan bukan sekadar menjualnya. Ini juga memberi peluang anda untuk memberi lebih kepercayaan pelanggan terhadap anda.

Saya bagi 2 lagi contoh yang mudah untuk membuat content :

  1. Cara-cara memilih sayuran yang segar dan berkualiti.
  2. Resipi memasak sayuran yang ringkas dan sedap.

Tip ini sudah tentu dapat membantu para pelanggan anda memilih sayuran yang berkualiti dan memasak sayuran untuk masakan harian dengan sedap.

Pada zaman sekarang perkongsian ilmu sangat penting di sosial media kerana hampir semua orang hidupnya bersama phone dan tidak hairan la media sosial adalah salah satu media platform untuk mencari ilmu.

InshaAllah agar perkongsian ini memberikan manfaat pembaca yang ingit cuba membuat content.

Selamat Mencuba ! Jangan lupa like dan share šŸ™‚

Leave a comment