Terima Kasih Sifu

 

Terima Kasih Guru (1)Terima kasih sifu.
Alhamdullilah saya berasa amat bersyukur dapat mengenali mereka dan dapat memiliki ilmu yang berharga daripada sifu-sifu ini . Kerana saya sendiri menghadapi kesusahan untuk berada di dalam dunia perniagaan yang sangat mencabar pada zaman sekarang. Jika saya tidak membantu diri saya siapa lagi akan membantu saya.
Dengan cabaran dan kesukaran untuk di dalam dunia perniagaan saya membuat keputusan untuk bangkit dan mencari ilmu untuk memajukan diri dan perniagaan saya. Saya amat suka dengan prinsip dan perjuangan mereka di dalam dunia perniagaan dan meningkat taraf ekonomi dan membantu orang ramai untuk memajukan diri dan sistem ekonomi.
1
Ahyat Ishak – Pejuang hartanah 
Antara ilmu dan rahsia yang saya dapat belajar daripada mereka antaranya cara menguruskan kewangan dengan baik, mengekalpasti matlamat dan tujuan di dalam dunia perniagaan dan juga mengenal kemampuan diri dan meningkatkan keyakinan diri dan juga personaliti kita.
2
Coach Fadzil – Pejuang ekonomi 
Segala ilmu yang dimiliki mereka, mereka berikan dengan tujuan untuk membantu dan bukan sekadar dengan wang ringgit. Mereka tidak mengekal erti berkira atau kedekut, selagi mereka boleh bantu dan tunjuk ajar mereka akan ajar kita sebaik mungkin. Dan
banyak lagi perkara yang saya perlu saya belajar bersama mereka.
3
Puan Mary – Pakar Imej
Saya rasa amat berterima kasih kepada sahabat saya Azman Shah kerana dia yang menjentik hati saya untuk memperbaiki kelemahan dan terus maju di masa hadapan.
Kepada sifu-sifu saya, saya amat berterima kasih kerana membantu dan memberi saya peluang untuk membantu saya dan berjuang bersama untuk memajukan sistem ekonomi kita. Kini saya pula bertanggungjawab untuk membantu untuk berkongsi ilmu dan juga berkongsi manfaaat bersama. Akhir kata mari lah kita bersama menimba ilmu dan membantu diri sendiri, keluarga dan juga masyarat. Ini la tanggungjawab kita di dunia untuk saham di akhirat nanti kelak. Amin
#ayuhbangkit
#lawantetaplawan
#pejuanghartanah
#janganserik

Leave a comment