App untuk travel

Baru-baru ini saya baru sahaja pulang bercuti di negara Jepun. Saya ingin berkongsi tip untuk anda tahu apa kandungan yang ada dalam sesuatu produk.

Saya pasti masih ada lagi yang tidak tahu mengunakan app google translate untuk tahu apa kandungan yang ada pada makanan negara luar.

App ini sesuai untuk orang yang ingin tahu apa kandungan yang tertulis di dalam produk tersebut. App ini memudahkan orang muslim yang ingin tahu produk itu boleh dimakan atau tidak. Selain orang muslim, orang bukan muslim pun boleh gunakan untuk program diet mereka ketika di luar negara.

Cara menggunakan nya sangat senang :

1. Anda hanya perlu download app google translate.
2. Tukarkan bahasa jepun dan bahasa yang anda faham.
3. Halakan phone anda ke arah produk dan tekan butang camera.

Saya harap dapat membantu anda untuk tahu apa kandungan yang ada di dalam sesuatu produk apabila bercuti nanti 🙂

p/s : Biskut kapal ini yang sangat digemari oleh orang malaysia dan produk ini boleh dimakan.

 

79853543_10157581624218145_7902580580137566208_n79913851_10157581624788145_808162585676349440_n79476567_10157581646558145_4325465115739553792_n

Leave a comment